Friday, May 25, 2012

Practical


Assalam
Heiho Peeps!


Jumaat . memang best . walaupun esok kerja half day , tapi jumaat tetap rasa best . sebab esok lepas kerja terus semangat nak balik rumah jumpa emak abah . nak tidur dengan emak . nak gelak gelak dengan emak . dan entah berapa jumaat lagi yang aku akan jumpa untuk berjumpa kekasih hati setelah ditinggalkan lebih empat bulan . ceh . macam dah lama tak cerita tentang si teruna . segan . =_= . awal awal dah pesan suruh aku ambil di airport . baek tuan . tapi entah beberapa hari yang lepas , dia ada bagitahu kalau dia dapat practical dekat tempat dia belajar , kemungkinan besar yang dia balik semenanjung sekejap kemudian balik semula ke serawak atau tak balik atau balik untuk hari raya atau . . . . tak pasti . 'isokay sayang , kita jumpa masa awak nak pinang saya saja oke . lebih afdal' . mungkin 3-4 tahun lagi . *hati bernanah* .


Assalam,
Hasila

Tuesday, May 22, 2012

Rejab


Assalam
Heiho Peeps!


Satu Rejab . Alhamdulillah . semoga ditenangkan segala hati . dipermudahkan segala urusan ibadah aku kepada ALLAH . dan hari ini berharap dapat bertahan lapar lagi sampai ke petang seperti hari semalam . amin .



Assalam,
Hasila


Thursday, May 17, 2012

Happy Birthday


Assalam
Heiho Peeps!



1 year . I Love U


Assalam,
Hasila

Monday, May 14, 2012

Mother


Assalam
Heiho Peeps!


Dua potong kek dan sebuah hadiah di dalamnya ada sehelai baju . untuk hari ibu . balik dari kerja terus singgah SR beli kek . sampai sampai rumah terus cari emak . emak mana emak . terpekik terlolong anak dara . abah cakap abah pun tak nampak emak . rupanya emak membuat 'pelaburan' sekejap . baru nak suprise . lima minit tunggu . emak keluar dari 'bank' . oke . cepat cepat sembunyi sebalik pintu . dah lama tak maen sembunyi sembunyi dengan emak . dia pula menjajau carik anak dia . hikhikhik . dua minit tunggu emak carik anak dia hilang . dengki sangat . bila tengok emak dah tak jumpa , terus keluar dari tempat persembunyian . gelak gelak tak ada  nak control . emak pun gelak sama . seronok dua beranak . petang itu bawak emak jalan jalan . terima kasih emak . 

Selamat Hari Ibu . Semoga emak cepat sembuh . 


Alhamdulillah . terlambat  post terlebih dua hari . :P


Assalam,
Hasila

Thursday, May 10, 2012

Neighbour


Assalam
Heiho Peeps!






Berdiskusi bersama jiran rumah sebelah . jangan salah sangka . jiran aku bukan perdana menteri 1 Malaysia . dia cuma pinjam gambar mungkin dengan harapan dia juga mahu jadi perdana menteri satu hari ini . amin . cerita pasal jiran . kami memang banyak sangat memori terindah dulu dulu . macam macam hal yang kami buat . dari celik mata sampai dah nak pejam mata , maseh mahu bermain . dulu depan rumah aku ada pokok jambu . kami ramai ramai macam monyet gayut kat pokok jambu sambil makan jambu . naseb baek sekarang tak bermuka jambu . maksudnya comel berwajah jambu . tak .  tak . sekarang masing masing tough ada six pack dekat badan . dah macho . dah cantik . abang kepada jiran aku nie sebaya dengan aku . dulu , depa semua suka ajuk aku dengan abang dia nie . maksud aku kononnya aku dengan abang jiran aku nie kapel kapel la cenggitu . sikit sikit 'azam pakwe sila , azam pakwe sila' . ala , kecik kecik mana tahu semua tu . akak aku pun ada sebaya dengan abang kepada jiran aku nie . maksudnya abang kepada azam .  mak aku pernah cerita . dulu mase kecik kecik masa tengah pakai pampers lagi , depa pernah maen taik kat pampers sama sama . kahkahkah . geli betul . 



Assalam,
Hasila